The Greenland Seal Hunter: Travel Tales From Distant PlacesTan Wee Cheng, Singapore weecheng.com |
Click here for the book's Facebook page
Obtainable online from the following sources:
Direct from the publisher, Marshall Cavendish Asia
Information from the Publisher:
Title | The Greenland Seal Hunter: Travel Tales From Distant Places |
ISBN | 9812328904 |
Imprint | Times Editions by Marshall Cavendish |
Author(s) | Tan Wee Cheng |
Specifications | 198 mm X 130 mm, 240 pp, Limp, 200 gms |
Publication Date | Sep-2004 |
Target Audience | Travel Readers |
Price (US) | US$ 11.50 |
Review by the TODAY newspaper on 20 January 2004
also found in pdf, jpg and the newspaper site ;
by IS Magazine on 11 March 2005 ;
by Berita Harian on 23 April 2005 - screenshot here ;
by NTUC Lifestyle Magazine May 2005 issue ;
Travelling easy
Thursday • January 20, 2005
Review by IS Magazine on 11 March 2005 [Click Here]
Review by NTUC Lifestyle Magazine May 2005 issue [Click Here] ;
Review by the Singapore Malay newspaper Berita Harian on 23 April 2005:
http://cyberita.asia1.com.sg/rencana/story/0,3617,53817,00.html
TINTA KEMBARA 100 NEGARAOleh Buku kembara SAYA tidak tahu perkataan 'kayak' berasal daripada bahasa orang Inuit,
dulunya dipanggil orang Eskimo yang tinggal di Greenland. Melalui buku Encik Tan Wee Cheng yang telah menjelajah ke negara pulau
gergasi di Kutub Utara yang diselaputi salji sepanjang tahun itu, barulah saya
tahu. Sungguh bertuah Encik Tan kerana dapat melihat sendiri bentuk kayak yang
digunakan orang Inuit untuk menangkap anjing laut bagi santapan harian. Lebih bertuah lagi kerana beliau berpeluang tinggal serumah dengan sebuah
keluarga Inuit. Kisah pengembaraan yang dicatatkan Encik Tan, 35 tahun, dalam bukunya, The
Greenland Seal Hunter - Travel Tales From Distant Places memang menarik. Berbeza daripada beberapa buku pengembaraan yang telah saya baca atau singkap,
buku Encik Tan disampaikan dengan gaya bercerita lengkap dengan dialognya sekali. Seronok membacanya kerana ia memuatkan banyak fakta menarik tentang
tempat-tempat yang dilawatinya, pengalaman luar biasa (seperti dijejaki polis
korup di Moscow) serta persepsinya yang biasanya dibuat daripada sudut ekonomi,
memandangkan Encik Tan ialah lulusan perakaunan dari Universiti Teknologi
Nanyang (NTU). Justeru itu, kita akan mengetahui betapa susahnya hidup orang Inuit di
Greenland yang berteduh di bawah pemerintah Denmark dan menerima bantuan
kebajikan. Sehingga 80 peratus daripada mereka hidup setakat cukup makan dengan memburu
binatang, seperti nenek moyang mereka beribu-ribu tahun lalu. Pengalaman-pengalaman unik seperti ini mendorong beliau tidak berhenti
melancong sejak beliau tamat pengajian di universiti lebih 10 tahun lalu. Dalam tempoh itu beliau telah meneroka ke lebih 100 negara dan mencatatkan
semua pengalamannya dalam bukunya itu. 'Setiap ada kesempatan, saya melancong. Saya gunakan cuti kerja saya, tapi
saya ambil yang bersambung dengan cuti umum supaya saya dapat jimatkan cuti.
Apabila saya pertama kali melancong ke seluruh Eropah saya melancong dengan
beberapa kawan, tapi sesudah itu saya melancong sendiri. 'Tapi saya bukan jenis pelancong backpacker yang boleh tidur sebarangan. Anda
boleh kata saya pelancong berdikari yang separuh formal. Saya masih cari
keselesaan dari segi penginapan, tapi itu bukan bererti saya pilih hotel lima
bintang,' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini sebelum berangkat ke Bali,
destinasi pelancongan beliau seterusnya. Encik Tan, penganalisis dasar kanan di Penguasa Kewangan Singapura (MAS),
memberitahu beliau pernah mengambil cuti setahun tiga tahun lalu untuk
menjelajah seorang diri ke Amerika Selatan dan kemudian sambung ke Eropah,
Russia, Siberia, Mongolia, China, Laos, Vietnam, Kemboja dan Thailand - melalui
perjalanan darat. Pengalaman paling tidak dapat dilupainya ialah tatkala dijemput meraikan sama
perkahwinan sepasang pengantin Mongolia. 'Bagi saya inilah yang menjadikan sesuatu pengembaraan saya sangat menarik -
penduduknya, budaya, adat resam dan warna-warni kehidupan mereka. 'Tapi susah saya nak katakan manakah tempat yang paling menarik yang saya
telah lawati kerana semuanya sangat menarik,' kata Encik Tan yang telah
membelanjakan kira-kira $40,000 untuk hobinya itu. Negara-negara idaman yang ingin dikunjunginya selepas ini, katanya, ialah
Afrika Timur yang meliputi Tanzania, Kenya dan Uganda, Ogos ini dan pasti ia
tidak akan berakhir di situ. Nampaknya akan muncul sebuah lagi buku kembaranya. Nota: Buku Encik Tan boleh dibeli di kedai-kedai buku utama
di sini.
Dewani Abbas
Tajuk: The Greenland Seal Hunter - Travel Tales From Distant Places
Penulis: Tan Wee Cheng
Penerbit: Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd
Harga: $17.50 (sebelum GST)